Cara Senaman Paling Menyeronokkan Bersama Anak Anak. So Cute.

Assalamualaikum WBTH,

Saya doakan pembaca semua sentiasa sihat dan bahagia dalam limpahan rahmat Allah SWT.

Post kali ini ringkas sahaja, saya cuma ingin berkongsi mengenai cara senaman yang Kevin Zahri ajar melalui blog beliau.

Senaman ini menurut beliau sesuai untuk ibubapa yang terlalu sibuk.

Memang cute, comel jer. Mungkin nanti kite boleh cuba teknik Senaman Chipmunk ini. 

Cuma klik pada gambar ini untuk menonton video ok. Selamat menonton.




Formula Mudah Untuk Berjaya Dalam Perniagaan



Assalamualaikum WBTH,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendakNya, saya diberikan kekuatan dan kudrat sekali lagi untuk terus berkongsi dan berkongsi dan berkongsi dalam blog kesayangan saya ini Ezlaila.com.

Saya doakan kepada anda yang sedang membaca artikel saya ini agar sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Alllah SWT.

Dan juga saya doakan agar anda "kaya dan berjaya" di dunia dan seterus di akhirat kelak, InsyaAllah.

Macam mukadimah khutbah lah pulak ya, hehe.

Tapi kalau anda nak tahu inilah yang diajar oleh sifu atau mentor saya.

Jika kita ingin berjaya, banyakkanlah memberi kepada orang lain terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dengan mendoakan kebaikan kepada orang lain yang saudara seIslam dengan kita.

Dan mengikut kata mentor saya lagi, sekiranya kita masih belum berjaya, bukanlah kerana kita KURANG MENERIMA, tetapi adalah kerana kita masih KURANG MEMBERI.

Jadi mulai saat ini apakata kita reset balik semula minda kita atau mindset kita "Aku ingin berjaya, jadi aku perlulah banyak memberi terlebih dahulu. Jadi apakah kebaikan yang aku boleh berikan kepada orang lain setiap masa?"

Nak memberi ini, tidaklah semesti berkaitan duit sahaja, tetapi pelbagai perkara lain kita boleh berikan kepada orang lain contohnya seperti masa, tenaga, kasih sayang, skil, ilmu dan lain-lain.

Asalkan apa yang kita beri boleh menambah nilai hidup orang lain.

Paling simple sekali berikanlah senyuman kerana senyuman yang ikhlas juga adalah satu sedekah.

Bukan "senyum kambing" ya, keke.

So boleh ker boleh?

Jawab "Yes, saya boleh" dalam hati ya.

Apakah Formula Mudah Untuk Berjaya Dalam Perniagaan?

Dalam artikel ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai konsep yang perlu kita gunakan untuk kita berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan.

Tak kira apa sahaja jenis perniagaan yang kita ingin ceburi.

Formulanya adalah sangat sangat mudah, iaitu dikenali sebagai M.E.S.T.I

M - Mentor: Mentor merupakan orang yang bersedia membimbing kita sehingga berjaya dalam bidang yang kita ceburi. Mentor yang kita pilih mestilah terdiri daripada mereka yang sudah terbukti berjaya dan berpengalaman luas dalam perniagaan mereka. Jadi belajarlah daripada mereka yang sudah terbukti berjaya ya.

E - Elmu (Gabungan Emosi dan Ilmu) - Kehadiran emosi yang tinggi untuk berjaya dilengkapi ilmu yang kita pelajari melalui mentor amat penting dalam proses kita mencapai kejayaan dalam bidang yang kita ceburi.

S - Sistem : Sistem merupakan langkah-langkah yang perlu diikuti yang semestinya sudah terbukti berkesan dan senang diikuti oleh sesiapa sahaja yang cuba mempelajarinya daripada mentor.

T - Tindakan : Tanpa tindakan, apa yang kita pelajari akan menjadi sia-sia. Justeru pastikan apa sahaja yang mentor ajari, disusuli dengan tindakan sepantas kilat, hehe. Apabila kita susuli dengan tindakan pantas barulah kita dapat kecapi hasilnya dengan cepat.

I - Impian : Haa yang ini yang paling BEST. Setiap apa yang kita buat pasti bersebab, betul tak? Pastikan kita benar-benar jelas mengenai apakah impian yang kita ingin kecapi. Apabila kita sudah ada impian yang jelas, barulah akan datang kekuatan dalaman untuk kita berusaha sehingga berjaya.

Ok, saya berharap anda sudah jelas dengan apa yang anda perlukan untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

Jawapannya adalah M.E.S.T.I

Mungkin ada yang akan berkata, "Arghh saya tak perlukanlah mentor-mentor ni semua, karut".... amboi-amboi eksyen noorrrr.....takpa ...nanti hang mai aloq staq, kepala hang aku putaq ...bukan anda, tapi orang lain, hehe.

Jawapan saya "Ya" anda mungkin boleh berjaya dalam bidang yang anda ceburi tetapi percayalah anda akan mengalami banyak jenis cabaran yang menyebabkan anda terlanggar dinding, terjatuh, terseliuh, terseradung, terguling sebelum anda benar-benar mengecapi kejayaan yang diimpikan.

Bukankah lebih baik sekiranya anda dapat elakkan kesilapan-kesilapan dengan cara membiarkan diri anda dibimbing dengan orang yang sudah terbukti berjaya?

Dan satu lagi, adakah anda mempunyai kekuatan dalaman yang mantap sehingga anda mampu bangun sekiranya anda terjatuh atas kesilapan yang sepatutnya anda boleh elakkan.

Seperti kata mentor saya, "orang yang pandai akan belajar melalui kesilapannya tetapi orang BIJAK akan belajar daripada kesilapan orang lain".

Jadi anda nak jadi orang pandai atau orang yang BIJAK??

Jawab dalam hati ya.

Ok saya harap anda telah memperolehi sedikit sebanyak manfaat daripada perkongsian saya ini.

InsyaAllah seterusnya dalam perkongsian saya yang akan datang, saya akan ceritakan kepada anda bagaimana saya mempraktikkan konsep M.E.S.T.I ini dalam usaha saya mempelajari cara terbaik dan berkesan menjalankan perniagaan yang saya sedang ceburi ini.

Sekiranya anda merasakan perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan orang lain, saya minta agar anda klik pada button LIKE di bawah supaya anda dapat kongsikan juga kepada rakan-rakan anda yang lain.





Bagaimana Saya Terjebak Dengan Perniagaan Online?



Assalamualaikum warahmatullahi Wabarokatuh.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan rahmatNya saya masih lagi diberikan kekuatan untuk menulis dan berkongsi dengan para pembaca.

Sebenarnya blog Ezlaila.com ini dibina atas satu matlamat iaitu sebagai platform untuk saya berkongsi dengan para pembaca mengenai perjalanan hidup saya dan isteri yang berusaha mengubah nasib kehidupan daripada kehidupan yang "biasa-biasa" kepada kehidupan yang "luar-biasa" melalui perniagaan yang kami ceburi.

Dan nama Ezlaila tu terjadi hasil daripada gabungan nama saya dan isteri saya, hehe. Jadi maknanya ada 2 orang penulis dalam blog iaitu saya dan isteri saya.

InsyaAllah melalui perkongsian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi inspirasi kepada para pembaca yang masih bekerja tetapi bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan.

Untuk makluman saya bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan atau yang mempunyai "mindset" perniagaan. Bapa saya merupakan pesara kerajaan manakala ibu saya pula adalah suri rumah sepenuh masa. Dan sejak kecil lagi saya tidak pernah langsung terdedah kepada konsep berniaga ini.

Tetapi sejak saya menamatkan pengajian ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat lagi, saya sudah bercita-cita untuk menjadi usahawan.

Lepas berjaya menamatkan pengajian saya telah ditawarkan untuk mengikuti program internship dari Multimedia Development Corporation (MDC) di Cyberjaya dan bekerja dengan sebuah syarikat IT sebagai Analyst Programmer.

Buat masa ini, saya pendamkan dahulu cita-cita saya untuk bergelar usahawan kerana saya fikir sebagai permulaan eloklah saya dapatkan pengalaman sedikit sebanyak dalam industri IT ini dan mengaplikasi ilmu yang saya pelajari selama 4 tahun lebih di universiti.

Gaji permulaan saya sebagai junior Analyst Programmer pada masa tu, iaitu sekitar tahun 2005, RM2000 sahaja, dan lepas tolak EPF semua, dapatlah setiap bulan gaji bersih sekitar RM1800 sahaja.

Waktu mula-mula bekerja tu, rasa seronoklah juga, dapat pengalaman oooo ini rupanya rasa bekerja makan gaji, hehe.

Alhamdulillah, yang seronoknya, oleh kerana syarikat saya bekerja tu berasal dari United Kingdom saya berpeluang berkali-kali pergi ke United Kingdom dan menjejakkan kaki di Kota London untuk bekerja sambil melancong.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, saya akhirnya tak tahan lagi bekerja makan gaji sebagai Analyst Programmer atas beberapa faktor tertentu.

Dan faktor yang paling BESAR dan maharaja kepada faktor-faktor lain adalah kerana hampir setiap hujung bulan baki pendapatan saya hampir-hampir mencecah NEGATIF dan hidup saya sentiasa dalam keadaan cukup-cukup makan sahaja walaupun saya ni bukanlah jenis berbelanja yang bukan-bukan setiap bulan.

Ya laah, seperti kebanyakan orang lain, pandapatan yang saya dapat saya gunakan untuk membayar sewa rumah, installment kereta, bil air, bil elektrik, bil telefon dan makan-minum.

Nasib baik masa ini belum ada awek lagi, kalau tak lagi PARAH. hehe.

Yang paling sedih nak kirim duit untuk mak ayah kat kampung pun tak cukup...sedih..sedih...

Lepas 2 tahun lebih bekerja di syarikat berkenaan, saya pun membuat keputusan berhenti kerja dan memulakan perniagaan sebagai IT Freelancer yang menyediakan perkhidmatan mereka-bentuk laman web.

Dan bermulalah episod pertama saya dalam berada dalam dunia perniagaan...


Aku Terjun dari Dunia Makan Gaji ke Dunia Perniagaan

Saya ingat lagi semasa hari-hari terakhir saya di pejabat, ada sorang Mat Salleh yang menjadi tetamu boss saya berkata kepada saya "Doing business is not easy".

Dalam hati, saya berkata sambil senyum ke arah dia ...."Suka hati akulah, kau peduli aper!"

Dengan hati yang kering, saya tidak mempedulikan kata-kata Mat Salleh tu.

Keputusan sudah dibuat dan saya mesti hidup dengan keputusan yang saya buat itu.

Saya berhempas-pulas memulakan perniagaan freelance saya sendirian.

Macam-macam yang saya lakukan sendirian seperti membuat laman web perniagaan untuk meletakkan info mengenai perkhidmatan yang saya sediakan, mencetak flyers dan poskan kepada syarikat-syarikat, dan menghadiri kursus pendek tajaan MARA untuk mengetahui cara-cara nak naikkan perniagaan saya.

Walaupun mampu mendapatkan beberapa projek pembinaan laman web daripada beberapa syarikat hasil perkenalan saya dengan beberapa orang yang saya temui sewaktu menghadiri seminar keusahawanan, keperitan menjalankan perniagaan freelance ini Allah sahajalah yang tahu.

Salah satu cabaran utama yang saya sering hadapi adalah kesukaran untuk mendapatkan pembayaran setelah projek siap dihantar. 

Kadang-kadang mengambil masa sebulan lebih untuk mendapatkan pembayaran penuh projek.

Pelbagai alasan diberikan syarikat apabila kita mula meminta mereka membuat pembayaran.

Dan antara alasan yang paling popular adalah "Boss outstation, takda orang nak sign cek, kena tunggu boss balik dulu". 

Dan seperti biasa saya jawab "ok, terima kasih" sambil dalam hati menjerit "Arghhhh geramnyer aku".

Namun begitu saya cuba bersabar dan meneruskan perniagaan saya ini.


Dulu Seorang, Kini Berdua.

Kemudian dengan takdir yang telah ditentukan Allah SWT saya telah dipertemukan dengan isteri saya. 

Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang ilustrasi grafik. 

Walaupun saya punya skill grafik lagi power daripada beliau (hehe perasannyer), beliau mempunyai kepakaran melukis kartun yang hebat dan juga mahir menggunakan perisian Adobe Illustrator.

Saya pun amat kagum dengan bakat yang beliau miliki, dan di dalam kepala saya sudah terbayang pelbagai jenis peluang perniagaan yang boleh diusahakan bersama dengan gabungan pengalaman dan skil-skil kami berdua.

Beliau bertugas sebagai Illustrator di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Setelah setahun lebih mendirikan rumahtangga Alhamdulillah kami telah dikurniakan cahaya mata kami yang pertama yang bernama Muhammad Hail Rifqi.

Kami sepakat untuk berhijrah keluar dari Kuala Lumpur ke bahagian Utara Malaysia iaitu Kedah.

Memandangkan saya hanya perlu bekerja secara online sahaja, tiada masalah bagi saya untuk bekerja di mana sahaja. Asalkan ada laptop dan internet, itu sudah cukup untuk saya menjalankan perniagaan freelance saya.

Jadi setelah cukup tempoh notis berhenti kerja yang diberikan kepada syarikat di mana isteri saya bekerja, kami pun berhijrah ke Kedah.

Jitra Kedah menjadi lokasi pilihan kerana di situlah juga ibu bapa mertua saya menetap dan satu lagi saya memang suka suasana kehijauan sawah padi yang terbentang luas di sekitar negeri Jelapang Padi ini.

Rasa tenang gitu, udara pun segar, berbeza dengan suasana di Kuala Lumpur.

Jadi selepas berhijrah bermulalah pula episod kedua dunia perniagaan saya dan isteri.

Perniagaan Online Kad Kahwin

Memandangkan isteri saya tidak lagi bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, saya bersepakat dengan isteri untuk memulakan perniagaan kad dan cenderahati perkahwinan secara online.

Kami memilih perniagaan ini berdasarkan minat dan skil kami berdua.

Beliau memiliki kepakaran dalam bidang ilustrasi grafik manakala saya pula memiliki kepakaran dalam mereka bentuk laman web dan sistem tempahan secara online.

Dengan berbekalkan keyakinan tinggi serta minat, bakat dan skil kami berdua, saya dan isteri mencuba nasib dalam perniagaan percetakan secara online ini.

Hasil pencarian melalui internet, kami bernasib baik kerana dipertemukan dengan seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang percetakan kad kahwin dan cenderahati perkahwinan.

Nama beliau Ismail. Alhamdulillah, beliau sudi bertemu kami dan memberi tunjuk ajar sedikit sebanyak kepada kami mengenai cara-cara menjalankan perniagaan ini.

Beliau juga sudi menerima kami sebagai ejen kad kahwin untuk mencetak kad kahwin yang ditempah oleh para pelanggan.

Memang seronok apabila dapat menjalankan perniagaan yang kita minat ini, ditambah pula ia memang kena dengan latar belakang kita. Tul tak?

Pada tahun pertama perniagaan kami, tempahan kad kahwin yang kami terima memang menggalakkan. 

Pernah satu ketika kami menjuarai tempat pertama dalam Google Search Result dengan menggunakan keyword "kad kahwin".

Pendek kata, orang taip sahaja keyword "kad kahwin" maka akan terpampanglah nama laman web kami.

Itulah kenangan terindah dalam dunia perniagaan online kami.

Selain melalui Google, saya juga menggunakan Facebook Fanpage sebagai medium utama pemasaran kami.

Pada tahun kedua, entah macam mana (hahaha ni yang tak syok nak cerita nie), perniagaan kami semakin merosot. Kenapa ya??

Ikuti episod ketiga kisah dunia perniagaan online kami ini.

Pengajaran Yang Paling Bermakna

Perniagaan online kad kahwin secara tiba-tiba menjadi semakin popular di internet.

Kehadiran internet marketer yang mempromosi pakej mudah memulakan perniagaan online kad kahwin menyebabkan perniagaan online kad kahwin semakin bercambah-cambah di internet bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Ini bermakna persaingan dalam perniagaan menjadi semakin sengit dan ini juga bermakna "price-war" pasti akan tercetus. 

"Price-war" adalah satu perkara yang memeritkan lebih-lebih lagi bagi perniagaan online yang masih belum benar-benar stabil.

Google sebagai enjin carian utama juga adalah antara penyebab banyak perniagaan online melaburkan tirainya kerana kekerapan mereka mengemaskini algorithm untuk menapis laman-laman web yang tidak mengikut format yang ditentukan mereka.

Sebenarnya ini cuma faktor-faktor luaran yang tiada siapa pun boleh menjangkanya.

Apabila saya muhasabah semula mengapa perniagaan online yang kami jalankan merudum, saya dapat kenal pasti bahawa sebenarnya faktor yang paling utama adalah kerana diri saya sendiri yang tidak mempunyai ilmu perniagaan yang betul-betul mantap untuk menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan online ini.

Di dalam kebuntuan, setiap hari saya mengadu kepadaNya agar memberikan petunjuk kepada saya bagaimana saya boleh berjaya dalam perniagaan yang saya jalankan.

Setiap hari saya berdoa kepada Allah SWT agar saya dipertemukan dengan orang yang boleh membimbing saya berjaya dalam menaikkan perniagaan saya.

Bagaikan Cahaya di Hujung Terowong Yang Gelap Gelita

Di dalam pencarian, saya ingat lagi sewaktu saya mengGoogle mengenai panduan bagaimana mengerjakan solat sunat Tahajjud, saya terjumpa satu blog yang benar-benar menarik hati saya.

Dalam blog itu, penulisnya banyak menceritakan suka duka perjalanan hidup beliau dalam membina empayar perniagaan beliau.

Penulis blog berkenaan banyak menekankan mengenai asas utama yang perlu disematkan di dalam hati apabila kita berhasrat untuk memulakan perniagaan. Dalam erti kata lain, niat dan matlamat apabila kita berniaga.

Jadi apakah matlamat kita apabila berniaga? Adakah sebab nak jadi kaya atau nak jadi jutawan? Ataupun supaya dipandang tinggi dan dihormati?? No No No .... jangan sesekali meletakkan matlamat nak jadi kaya apabila kita berniaga. Silap tuu makcik, pakcik.

Sebenarnya saya pun pada mulanya tidak dapat menerima konsep penetapan niat atau matlamat yang beliau tekankan.

Bagi saya, sewaktu awal-awal dulu (semasa berada zaman jahiliyah saya) tujuan berniaga mestilah sebab nak kaya, supaya dapat hidup senang dan seterusnya dapat memberikan kebahagian kepada diri dan ahli keluaga tersayang.

Ternyata saya SILAP (seperti makcik dan pakcik di atas juga, ehh ehh nak jugak kaitkan dengan pakcik dan makcik..hihi).

Inilah kesilapan pertama saya apabila memasuki dunia perniagaan ini.

Penulis blog berkenaan menekankan:

"Jangan berniaga kerana mahu menjadi kaya, sebaliknya berniagalah untuk membantu orang lain, menambah nilai hidup orang lain dan menyelesaikan masalah orang lain. Jika kita berniaga dengan niat untuk membantu orang lain. Jangan risau, kita terpaksa menjadi kaya".

Selain daripada itu penulis juga turut berkongsi mengenai satu formula hebat untuk berjaya yang dikenali sebagai M.E.S.T.I . 

Pengenalan kepada formula hebat ini telah berjaya membuka mata saya bagaimana cara terbaik untuk menjalankan apa sahaja jenis perniagaan, tak kiralah sama ada perniagaan berbentuk online ataupun offline.

Selepas membaca dan meneliti apa yang penulis cuba sampaikan, saya tersentak, ibarat orang yang sedang tidur nyenyak disiramkan dengan sebaldi air sejuk.

Konsep yang penulis blog berkenaan cuba sampaikan bagi saya memang hebat.

Anda nak tahu? InsyaAllah nanti saya akan kongsikan dengan anda ya. Sabar-sabar,

Saya yakin inilah ilmu yang saya cari-cari selama ini yang perlu saya dalami sedalam-dalamnya.

Saya yakin dengan ilmu yang disampaikan inilah yang akan membawa saya ke peringkat seterusnya yang lebih baik atas satu matlamat yang hakiki iatu "Ke Arah Kejayaan Duniawi & Ukhrawi" yang turut menjadi tagline blog Ezlaila.com ini.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas keizinanNya saya telah diberikan petunjuk yang saya cari-cari selama ini.

Dan saya doakan kepada penulis blog berkenaan agar beliau berjaya dalam kehidupan beliau dan seterusnya berjaya dalam usaha murni beliau memberi kesedaran dan motivasi kepada anak bangsa kita yang berminat dalam menceburi apa sahaja bidang perniagaan agar lebih berjaya dalam erti kata yang sebenar.

Saya juga berazam dan berdoa, sekiranya Allah SWT mentakdirkan saya berjaya dalam perniagaan selepas mempraktikkan setiap ilmu yang diberikan kepada saya, saya akan sebarkan dan kongsikannya kepada semua agar mereka juga berjaya dalam perniagaan, InsyaAllah.

InsyaAllah, dalam post yang akan datang saya akan berkongsi dengan pembaca mengenai M.E.S.T.I.

Sekiranya anda merasakan ada pengajaran yang menarik daripada perkongsian ini, saya alu-alukan anda untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda dengan cara klik pada button LIKE di bawah ini.

Terima kasih kerana membaca. Wasalam.



Penemuan Nota Bekas Tahanan Perang Russia Yang Membongkar Sikap Sebenar Yahudi



Mungkin selepas membaca kisah ini kita akan lebih jelas lagi mengenai perangai sebenar Yahudi.

Kisah ini dipetik hasil pembacaan saya di internet dan saya rasakan ianya amat menarik untuk dikongsikan dengan pembaca bagi menambahkan pengetahuan kita mengenai kaum yang sering menimbulkan kerosakan dunia sepertimana banyak diceritakan di dalam Al-Quran.




Kisah ini terjadi berikutan penemuan sekeping nota perang daripada seorang warga Russia yang pernah menjadi tahanan perang Jerman yang berlaku pada tahun 1941.

Mengikut nota perang berkenaan:

Pada satu ketika kami dipaksa oleh tentera Jerman menggali sebuah lubang yang sangat dalam pada tahun 1941, selepas lubang digali seperti yang mereka mahu, mereka membawa sekumpulan orang Yahudi dan memasukkan mereka ke dalam lubang tersebut.

Kemudian kami disuruh untuk menimbuskan mereka (bunuh) lalu kami menolak perbuatan keji tersebut

Kemudian mereka (Tentera Jerman) menggantikan tempat Yahudi itu dengan kami, dan menyuruh Yahudi pula untuk menimbuskan kami, lalu kumpulan Yahudi tersebut menimbuskan kami tanpa rasa ragu-ragu !! Sehinggalah hampir keseluruhan badan ditimbus, tentera Jerman mengarahkan supaya berhenti dan mengeluarkan kami.

Kemudian ketua tentera Jerman berkata, "Aku hanya ingin kalian tahu siapakah Yahudi yang sebenarnya, dan kenapa kami membunuh mereka"


Daripada kisah ini, kita boleh kenal bagaimana perangai sebenar kaum Yahudi ini.

Mereka akan terus menerus melakukan kerosakan demi kerosakan di muka bumi ini, seperti mana yang sedang berlaku di Palestin.

Marilah kita menadah tangan dan berdoa agar Allah SWT memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang mujahidin Palestin seperti Briged Al Qassam dan memberi sokongan penuh kepada sukarelawan Malaysia yang sedang berkhidmat di Palestin.

Wasalam


Kisah Sukarelawan Malaysia di Palestin Ditegur Anggota Briged Al Qassam

Briged Al-Qassam

Kehebatan Briged Al Qassam dalam berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan Palestin di Gaza memang amat digeruni oleh Rejim Zionis Israel laknatullah.

Dalam berjuang mempertahankan Palestin Briged Al Qassam amat menitikberatkan disiplin dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT sehingga setiap anggota diwajibkan untuk sentiasa solat berjemaah dan menghafaz surah-surah dalam Al-Quran.

Kisah di bawah ini di copy-paste daripada FB sebagai perkongsian buat semua pembaca.
Kisah seorang petugas sukarelawan Malaysia di Gaza . Sehinggalah..menjejak kaki di bumi Gaza...apabila ditegur oleh seorang anggota Alqassam semasa pergi ke kem di Jabaliya Soalan pertama dia tanya.. " anta isap rokok tak? " saya jawab..hisap tapi di malaysia.. Di gaza tak hisap lagi.. Lepas itu..dia senyap dalam 3,4 minit..saya tunggu soalan yang seterusnya..kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua.. Mungkin dia takut..saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya..kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.baru dia bertanya semula. "Anta sayang tak Rasulullah?" Saya dengan pantas menjawab.."mana mungkin tidak sayang..mestilah sayang...!" Dia kemudian memberi penerangan ...."kalau sayangkan Rasulullah..kita tidak akan buat apa yg Rasulullah tidak suka buat..Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain..Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap... Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk.." Katanya lagi.."agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka..Rasulullah sayang tak dengan kita??" Saya senyap terus..airmata mngalir..berasa sebak dan pilu dalam hati...selepas hari tu sehingga kini.saya dah tidak menyentuh rokok.. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu .. Sekadar pengajaran... 

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka hati kita untuk bermuhasabah, tentang sejauh manakah kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW.

Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah
Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah

Bagi yang berhasrat untuk berhenti merokok, entri Ezlaila yang lalu yang bertajuk
10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti Merokok InsyaAllah pasti boleh membantu anda.

Selamat beramal dan semoga bermanfaat buat semua.

Wasalam.

Ketahui 13 Jenis Barang Yang Anda Perlu Buang Segera!


Tahukah anda, sedar tak sedar kita terdedah kepada jangkitan kuman dan bakteria yang terdapat pada barangan harian yang kita pakai hari-hari?

Jom layan video di bawah, dan ketahui 13 jenis barang yang anda perlu buang segera apabila sampai waktu ia sepatutnya dibuang.






Cara Paling Mudah Kira Kolesterol Khas Buat Rakyat Malaysia


Pernahkah anda terfikir berapakah jumlah kolesterol pada makanan yang anda ambil setiap hari?

Umum tahu, pengambilan kolesterol berlebihan boleh menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit terutamanya yang berkaitan dengan jantung.

Khas buat rakyat Malaysia, mari kita lihat jumlah kolesterol yang kita ambil berdasarkan makanan-makanan popular di kalangan rakyat Malaysia.

Cara Kira Kolesterol - Slide 1


Cara Kira Kolesterol - Slide 2

Cara Kira Kolesterol - Slide 3



Semoga bermanfaat buat semua.

Wasalam

Keseronokan Hail Bermain Bubble di Taman Tasik Darul Aman



Video dan foto akan menceritakan segala-galanya. Lihatlah Hail yang begitu gembira bila diberikan peluang untuk beriadah di Taman Tasik Darul Aman. Video dan foto ini diambil pada 31 Januari 2014, iaitu lagi 2 minggu sebelum umur nya genap 4 tahun. Hehe.










The end :)