Kisah Sukarelawan Malaysia di Palestin Ditegur Anggota Briged Al Qassam

Wednesday, August 06, 2014 Unknown 30 Comments

Briged Al-Qassam

Kehebatan Briged Al Qassam dalam berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan Palestin di Gaza memang amat digeruni oleh Rejim Zionis Israel laknatullah.

Dalam berjuang mempertahankan Palestin Briged Al Qassam amat menitikberatkan disiplin dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT sehingga setiap anggota diwajibkan untuk sentiasa solat berjemaah dan menghafaz surah-surah dalam Al-Quran.

Kisah di bawah ini di copy-paste daripada FB sebagai perkongsian buat semua pembaca.
Kisah seorang petugas sukarelawan Malaysia di Gaza . Sehinggalah..menjejak kaki di bumi Gaza...apabila ditegur oleh seorang anggota Alqassam semasa pergi ke kem di Jabaliya Soalan pertama dia tanya.. " anta isap rokok tak? " saya jawab..hisap tapi di malaysia.. Di gaza tak hisap lagi.. Lepas itu..dia senyap dalam 3,4 minit..saya tunggu soalan yang seterusnya..kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua.. Mungkin dia takut..saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya..kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.baru dia bertanya semula. "Anta sayang tak Rasulullah?" Saya dengan pantas menjawab.."mana mungkin tidak sayang..mestilah sayang...!" Dia kemudian memberi penerangan ...."kalau sayangkan Rasulullah..kita tidak akan buat apa yg Rasulullah tidak suka buat..Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain..Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap... Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk.." Katanya lagi.."agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka..Rasulullah sayang tak dengan kita??" Saya senyap terus..airmata mngalir..berasa sebak dan pilu dalam hati...selepas hari tu sehingga kini.saya dah tidak menyentuh rokok.. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu .. Sekadar pengajaran... 

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka hati kita untuk bermuhasabah, tentang sejauh manakah kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW.

Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah
Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah

Bagi yang berhasrat untuk berhenti merokok, entri Ezlaila yang lalu yang bertajuk
10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti Merokok InsyaAllah pasti boleh membantu anda.

Selamat beramal dan semoga bermanfaat buat semua.

Wasalam.

30 comments:

  1. Semoga perkongsian ni ramai yang berjaya berhenti merokok yang tiada lansung kebaikanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap perkara yang kita buat perlu berlandaskan syariah agar mendapat keredhaan Allah SWT.

      Delete
  2. wajah merkea bercahaya dan bersinar dengan keimanankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Suri, ada sukarelawan yang berpeluang menemuramah anggota Briged Al-Qassam dan beliau sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.

      Delete
  3. Briged Al Qassam antara tentera paling dikagumi di dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga perjuangan mereka mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Terima kasih Ammar kerana meninggalkan komen :)

      Delete
  4. Saya juga sangat mengagumi Briged Al Qassam....perjuangan mereka benar2 ke Jalan yg diredhai Allah...Solat diutamakan....sebab itulah Briged Al Qassam digeruni....kita patut mencontohi mereka....Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  5. Saya dahulu perokok tegar. Dah berhenti lama dah semenjak tahun 2003 lagi. Tak amalkan apa² petua pun. Hati kena cekal. Cuma mampu atau tidak je. Sebulan pertama, memang sengsara. Tapi lepas tu alhamdulillah tenang dalam buat apa sahaja aktiviti tanpa rokok di jari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sobri atas perkongsian pengalaman Sobri berjaya berhenti merokok. Saya harap pengalaman Sobri dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang sedang berjuang untuk berhenti merokok.

      Delete
  6. Mujahadah melawan nafsu

    ReplyDelete
  7. Abg saya berenti merokok sebab dia xnk anak dia merokok.. dia kata kalau dia merokok, mcmana nk larang anak dia merokok nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ia satu tindakan yang terpuji dan amat matang. abg saudara/saudari semestinya seorang yang sayang dan bertanggung jawab terhadap ahli keluarganya.

      Delete
  8. sy quick smoking bkn takut sakit tp takut klu Nabi SAW tidak mengaku umat kerana menzalimi diri sendiri...wallahuallam

    ReplyDelete
  9. Blablablabla... last2 vivix shaklee. Nice...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dengar vivix shaklee boleh membantu

      Delete
  10. sblm nak boikot mcD dan seangkatan dgnnya, boikot lah rokok ni dulu..... Dah tentu2 haram dan memudaratkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pendapat Lin Salleh. Terima kasih atas komen yang bernas ini.

      Delete
  11. Hati mau cekal... Taklikkan ia haram... Alhamdulillah saya berjaya berhenti merokok walau telah 30 tahun menghisapnya..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kepada saudara yang sudi meninggalkan komen positif dan membina ini. Semoga ia memberi inspirasi kepada mereka yang sedang berjuang meninggalkan tabiat yang merugikan dan membinasakan ini.

      Delete
  12. mereka suka dan akan perjuangkan hingga akhir hayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merekalah pejuang Islam sebenar di akhir zaman ini. Thanks Suri :)

      Delete
  13. kisah ni ringkas tetapi memang betul betul mendalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Myrujukan, semoga kita dapat sama2 sebarkan mengenai bahaya merokok ini kepada semua.

      Delete
  14. ramai sgt kawan2 yang masih merokok sedih gak... sy yg xmerokok terpakse menghidu asap rokok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, ianya memang menyedihkan, bukan setakat kawan, malah ahli keluarga. Di sinilah datang peranan dan tanggung jawab kita untuk menyedarkan mereka dan seterusnya menyelamatkan mereka. Ayuh kita sebarkan info mengenai bahaya merokok dan bagaimana mengatasi ketagihan merokok kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang tersayang sebelum terlewat.

      Delete
  15. Laung jihad, �� kutuk israel, boikot McD, tp rokok yahudi yg dah sah difatwakan haram taklepas.memalukan.memualkan.especially 'ustaz2' yg merokok.konfiussss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, ianya terjadi kerana kurangnya ilmu dan iman dalam hati manusia. Bagi yang sudah sedar akan bahaya merokok ini, turut memikul tanggung jawab besar atas nama Islam untuk berkongsi ilmu dan maklumat berkenaan bahaya rokok bagi menyedarkan saudara2 kita yang lain.

      Delete
  16. sayang Allah tak?klu sayang Allah knp x tutup aurat?klu kite langgar perintah Allah mcm mne Allah nk sayang kt kite kn,,
    p/s: ambil la pengajaran betul2, bkn skadar copy paste je tp xmemberi kesan pd diri..wallahu Alam,,

    ReplyDelete
  17. jadi, marilah berhenti hisap rokok sama-sama.

    ReplyDelete