Formula Mudah Untuk Berjaya Dalam Perniagaan
Assalamualaikum WBTH,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendakNya, saya diberikan kekuatan dan kudrat sekali lagi untuk terus berkongsi dan berkongsi dan berkongsi dalam blog kesayangan saya ini Ezlaila.com.
Saya doakan kepada anda yang sedang membaca artikel saya ini agar sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Alllah SWT.
Dan juga saya doakan agar anda "kaya dan berjaya" di dunia dan seterus di akhirat kelak, InsyaAllah.
Macam mukadimah khutbah lah pulak ya, hehe.
Tapi kalau anda nak tahu inilah yang diajar oleh sifu atau mentor saya.
Jika kita ingin berjaya, banyakkanlah memberi kepada orang lain terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dengan mendoakan kebaikan kepada orang lain yang saudara seIslam dengan kita.
Dan mengikut kata mentor saya lagi, sekiranya kita masih belum berjaya, bukanlah kerana kita KURANG MENERIMA, tetapi adalah kerana kita masih KURANG MEMBERI.
Jadi mulai saat ini apakata kita reset balik semula minda kita atau mindset kita "Aku ingin berjaya, jadi aku perlulah banyak memberi terlebih dahulu. Jadi apakah kebaikan yang aku boleh berikan kepada orang lain setiap masa?"
Nak memberi ini, tidaklah semesti berkaitan duit sahaja, tetapi pelbagai perkara lain kita boleh berikan kepada orang lain contohnya seperti masa, tenaga, kasih sayang, skil, ilmu dan lain-lain.
Asalkan apa yang kita beri boleh menambah nilai hidup orang lain.
Paling simple sekali berikanlah senyuman kerana senyuman yang ikhlas juga adalah satu sedekah.
Bukan "senyum kambing" ya, keke.
So boleh ker boleh?
Jawab "Yes, saya boleh" dalam hati ya.
Apakah Formula Mudah Untuk Berjaya Dalam Perniagaan?
Dalam artikel ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai konsep yang perlu kita gunakan untuk kita berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan.
Tak kira apa sahaja jenis perniagaan yang kita ingin ceburi.
Formulanya adalah sangat sangat mudah, iaitu dikenali sebagai M.E.S.T.I
M - Mentor: Mentor merupakan orang yang bersedia membimbing kita sehingga berjaya dalam bidang yang kita ceburi. Mentor yang kita pilih mestilah terdiri daripada mereka yang sudah terbukti berjaya dan berpengalaman luas dalam perniagaan mereka. Jadi belajarlah daripada mereka yang sudah terbukti berjaya ya.
E - Elmu (Gabungan Emosi dan Ilmu) - Kehadiran emosi yang tinggi untuk berjaya dilengkapi ilmu yang kita pelajari melalui mentor amat penting dalam proses kita mencapai kejayaan dalam bidang yang kita ceburi.
S - Sistem : Sistem merupakan langkah-langkah yang perlu diikuti yang semestinya sudah terbukti berkesan dan senang diikuti oleh sesiapa sahaja yang cuba mempelajarinya daripada mentor.
T - Tindakan : Tanpa tindakan, apa yang kita pelajari akan menjadi sia-sia. Justeru pastikan apa sahaja yang mentor ajari, disusuli dengan tindakan sepantas kilat, hehe. Apabila kita susuli dengan tindakan pantas barulah kita dapat kecapi hasilnya dengan cepat.
I - Impian : Haa yang ini yang paling BEST. Setiap apa yang kita buat pasti bersebab, betul tak? Pastikan kita benar-benar jelas mengenai apakah impian yang kita ingin kecapi. Apabila kita sudah ada impian yang jelas, barulah akan datang kekuatan dalaman untuk kita berusaha sehingga berjaya.
Ok, saya berharap anda sudah jelas dengan apa yang anda perlukan untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi.
Jawapannya adalah M.E.S.T.I
Mungkin ada yang akan berkata, "Arghh saya tak perlukanlah mentor-mentor ni semua, karut".... amboi-amboi eksyen noorrrr.....takpa ...nanti hang mai aloq staq, kepala hang aku putaq ...bukan anda, tapi orang lain, hehe.
Jawapan saya "Ya" anda mungkin boleh berjaya dalam bidang yang anda ceburi tetapi percayalah anda akan mengalami banyak jenis cabaran yang menyebabkan anda terlanggar dinding, terjatuh, terseliuh, terseradung, terguling sebelum anda benar-benar mengecapi kejayaan yang diimpikan.
Bukankah lebih baik sekiranya anda dapat elakkan kesilapan-kesilapan dengan cara membiarkan diri anda dibimbing dengan orang yang sudah terbukti berjaya?
Dan satu lagi, adakah anda mempunyai kekuatan dalaman yang mantap sehingga anda mampu bangun sekiranya anda terjatuh atas kesilapan yang sepatutnya anda boleh elakkan.
Seperti kata mentor saya, "orang yang pandai akan belajar melalui kesilapannya tetapi orang BIJAK akan belajar daripada kesilapan orang lain".
Jadi anda nak jadi orang pandai atau orang yang BIJAK??
Jawab dalam hati ya.
Ok saya harap anda telah memperolehi sedikit sebanyak manfaat daripada perkongsian saya ini.
InsyaAllah seterusnya dalam perkongsian saya yang akan datang, saya akan ceritakan kepada anda bagaimana saya mempraktikkan konsep M.E.S.T.I ini dalam usaha saya mempelajari cara terbaik dan berkesan menjalankan perniagaan yang saya sedang ceburi ini.
Sekiranya anda merasakan perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan orang lain, saya minta agar anda klik pada button LIKE di bawah supaya anda dapat kongsikan juga kepada rakan-rakan anda yang lain.
Mentor memang perlu sangat. Dan kekuatan dalaman tu pun saya setuju. We learn the biggest lesson from our last mistake.
ReplyDeletekalau xde guru dalam berniaga ni memang lama nak berjaya...dan mesti gagal dalam berniaga... :( sedih sbb tgh mngalami kerugian bulan ni sbb salah satu bisnes sy di KL...uwaa
ReplyDeletehu..hu..bagus sungguh fomula MESTI ini..
ReplyDelete